Monday, October 4, 2010

ORKESTRA CINA MODEN



 

Gambar 4 : Orkestra Cina


Orkestra Cina moden (OCM) merupakan sebuah pembangunan pada abad ke-20 berdasarkan Orkestra Simfoni Barat. OCM yang paling menonjol adalah di Singapura. Ianya dikenali sebagai Singapore Chinese Orchestra. Ia juga dikatakan sebagai pembentukan dari tempat yang berbeza iaitu dari Timur, Barat, Timur Tengah dan Asia. Pada awal abad yang lalu, sekumpulan cendekiawan Cina, terutama dari Universiti Peking percaya bahawa Westernisasi atau 'kebaratan' adalah satu bentuk pemodenan.

Pada awalnya, konsep Orkestra Cina diangkat sebagai satu respon terhadap Orkestra Simfoni Barat. Tetapi ianya menjadi lebih berkembang sedikit demi sedikit dengan bantuan para penyelidik, ahli muzik dan pemuzik rakyat. Banyak alat muzik Cina yang telah diubahsuai daripada alat muzik tradisional seperti 'Diyinsheng' (Sheng bass besar) dan 'Zhongyin' (alto) serta 'Suona'.

Pada tahun 1940, ianya telah berkembang menjadi 4 bahagian atau section yang berbeza iaitu:-
  1. Bowed Stringed (alat bertali yang digesek)
  2. Plucked Stringed (alat bertali yang dipetik)
  3. Wind (alat tiup kayu)
  4. Percussion (alat yang dipukul)
Dalam bahagian ini, ada ketidakseimbangan bunyi dan keseragaman sukar untuk dikenalpasti pada awalnya. 

Seterusnya, pada tahun 1950, konduktor orkestra yang bernama Xiuwen di Central Broadcast Chinese Orchestra mula melakukan perubahan yang besar ke atas Orkestra Cina. Di bawah Peng, amalan-amalan Barat mula diterima seperti postur dan kedudukan pemuzik dan konduktor seperti Orkestra Simfoni (susunan seperti kipas) serta penggunaan skor notasi untuk diikuti dengan teliti, sama seperti muzik Barat. Beliau juga membuat pembangunan dan perubahan yang besar ke atas pelbagai alat muzik dalam bunyi orkestra. Dalam bahagian atau section dalam Orkestra Cina, bahagian bowed stringed atau Huqin merupakan bahagian yang paling penting.

Orkestra khas Cina sekarang ini merangkumi alat muzik seperti Cello Barat dan Double Bass. Ianya terdiri daripada lebih 36 jenis. Alat muzik yang digunakan dalam Orkestra Cina adalah erhu, gaohu dan zhonghu. Penambahan bahagian plucked-stringed ke dalam Orkestra Cina, sebahagian besarnya tidak sama seperti Orkestra Barat. Ini kerana alat muzik pipa dan zheng mempunyai pengaruh yang besar pada muzik instrumental Cina. Di antara ratusan variasi, alat muzik pipa, liuqin, ruan, guzheng, yangqin, sanxian dan konghou telah ditetapkan dalam Orkestra Cina.

Untuk Orkestra Cina, perkusi adalah istilah yang merujuk kepada campuran alat muzik Barat dan China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Orkestra Cina telah menerima alat muzik perkusi barat yang lain ke dalam ensembelnya seperti timpani, glockenspiel, zilofon, vibraphone (sama seperti zilofon), snare drum dan kerincing. Sama juga dengan Orkestra Simfoni Barat, ia juga menerima alat muzik tradisional Cina yang lain dalam ensembelnya seperti diyin daluo (tam-tam), muyu (blok candi), Dabo (simbal Cina) dan bangzi (kastenet Cina).

Kini, komposisi Orkestra Cina mempunyai pengajaran unsur-unsur asas yang kuat dalam teori Barat. Ianya mempunyai kecenderungan untuk menggubah Orkestra ke arah kontemporari. Hal ini baik untuk alat muzik Orkestra Cina kerana dapat dimainakan bersama-sama dengan simfoni Barat atau dengan muzik elektronik yang telah dirancang terlebih dahulu. Kini, konsep Orkestra Cina juga menjangkaui benua China, termasuk Amerika, Eropah dan Singapura. Di Singapura, ada beratus-ratus Orkestra Cina Amatur dan Orkestra Cina Singapura yang sangat profesional dalam hal ini.

2 comments:

  1. Like this page very much..music unite us..music 4 all..from Feher Pillango..Virtuoso SESMA Band Clarinettist..

    ReplyDelete
  2. sangat menarik dan boleh tahan

    ReplyDelete