Tuesday, October 19, 2010

Alat Muzik Orkestra Cina Moden

Seperti maklumat yang telah kami dapat, alat muzik yang digunakan dalam Orkestra Cina Moden (OCM) adalah sangat banyak. Orkestra Cina Moden (OCM) terdiri daripada empat bahagian utama. Ianya bermaksud, alat-alat ini dikategorikan mengikut cara mereka bermain. Bahagian tersebut ialah:
  1. Bowed strings- bermain dengan cara gesekan
  2. Plucked strings- bermain dengan cara petikan
  3. Woodwinds- alat tiup kayu
  4. Percussion
Berikut adalah penerangan yang lebih jelas berkenaan bahagian-bahagian tersebut.


i- BOWED STRINGS

  • Terdiri daripada alat muzik dari yang berpitch tinggi hingga ke pitch yang rendah. Alat-alat yang tersebut ialah:
a) Gaohu
b) Erhu
c) Zhonghu
  • Alat-alat yang disenaraikan adalah mengikut pitch yang paling tinggi iaitu Gaohu, diikuti oleh alat muzik Erhu, dan pitch yang paling rendah di antara alat-alat tersebut ialah Zhonghu.
  • Kesemua alat ini adalah berfungsi seperti violin dan juga viola di dalam orkestra barat yang lazimnya kita lihat.
  • Alat muzik yang dikekalkan dari orkestra barat ialah:
a) Cello
b) Double Bass


ii- PLUCKED STRINGS

  • Bahagian Plucked strings inilah yang menetapkan struktur Orkestra China selain dari orkestra simfoni Barat.
  • Alat muzik yang digunakan dalam OCM yang tergolong dalam bahagian ini ialah:
a) Liugin
b) Yangqin
c) Paip
d) Zhongruan
e) Daruan
f) Guzheng
g) Sanxin
h) Konghou
  • Sebahagian besar daripada alat-alat yang dinyatakan di atas adalah alat muzik kordofon.
  • Bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat muzik tersebut tidak sama seperti orkestra barat.

iii- WOODWINDS

  • Bahagian Woodwinds yang digunakan dalam OCM adalah lebih kecil berbanding dalam orkestra barat.
  • Alat-alat muzik tersebut juga terdiri daripada pelbagai saiz.
  • Tone yang dihasilkan oleh alat-alat ini juga adalah jauh lebih baik daripada tone yang dihasilkan oleh alat-alat muzik yang terdapat dalam orkestra barat.
  • Alat muzik winds Cina adalah terdiri daripada:
a) Dizi
b) Sheng
c) Suona


iv- PERCUSSIONS

  • Bahagian ini adalah yang melibatkan alat muzik yang perlu diketuk untuk menghasilkan bunyi. Ketukan tersebut adalah di bahagian permukaan alat muzik tersebut.
  • Alat-alat muzik yang tergolong dalam kategori ini ialah:
a) Tanggu
b) Muyu
c) Qing
d) Luo
e) Gu
f) Bo (cymbals)
g) Bianzhong


ALAT-ALAT MUZIK ORKESTRA CINA MODEN


i- Muyu (blok candi) & Bangzi (blok kayu)


Gambar 1: Muyu

  • Pada awalnya, Muyu digunakan untuk mengiringi nyanyian sami Buddha.
  • Muyu diukir daripada kayu dan diukir menjadi bentuk seperti ikan.
  • Ianya menghasilkan bunyi melalui ketukan di atas blok kayu yang telah diukir tersebut.

ii- Dizi

Gambar 2: Dizi

  • Alat ini adalah seperti seruling melintang.
  • Dizi ini sedikit berbeza daripada seruling biasa yang selalu kita lihat. Dizi dicipta mengikut 'balance' di antara kiri dan kanannya. Ianya bermaksud, apabila pemain bermain dizi, beliau akan terasa keseimbangan di antara bahagian sebelah kiri dan juga kanan.
  • Ianya dikenali sebagai Hengchui/Hengdi pada zaman dahulu.

iii- Suona


Gambar 3: Suona

  • Nama asal bagi Suona adalah 'surna'.
  • Selalunya, Suona ini digunakan untuk sambutan hari perayaan dan juga ketika pemakaman.
  • Selain itu, ianya juga berfungsi di dalam agama dan sering dimainkan.

iv- Sheng

Gambar 4: Sheng

  • Bunyi alat muzik Sheng ini adalah seakan-akan bunyi alat muzik yang menggunakan reed dalam orkestra barat.
  • Sheng terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu:
a) Badan
b) Paip
c) Buluh
  • Bunyi yang dihasilkan adalah sangat merdu.

v- Yunluo

Gambar 5: Yunluo

  • Yunluo adalah satu set gong kecil dan mempunyai pitch yang berbeza.
  • Ianya disusun secara menegak dalam rangka kayu yang telah dicipta khas untuknya.
  • Yunluo ini banyak digunakan di dalam ensemble.

vi- Paigu


Gambar 6: Paigu

  • Paigu ini mempunyai key yang tersendiri.
  • Ianya juga boleh ditune seperti alat-alat yang terdapat dalam orkestra barat.
  • Paigu ini adalah sangat istimewa kerana ianya dapat dimainkan samada di permukaan atas ataupun di permukaan bawah.
  • Pitch yang dihasilkan di antara permukaan atas dan bawah adalah tidak sama, namun ianya adalah lebih kurang sama.

vii- Banhu

Gambar 7: Banhu

  • Bunyi yang dihasilkan adalah sama seperti Erhu.
  • Selain itu, fungsinya juga sama seperti Erhu.
  • Banhu akan dimainkan sesekali di bahagian Huqin sekiranya suara seperti piccolo diperlukan.
  • Ianya juga merupakan alat muzik yang berpitch tinggi.
Gambar 8: Liuqin
  • Dipanggil juga sebagai "lu pipa" dan "jingang hui"
  • Pada asalnya ada dua tali dan merupakan alat muzik alto dengan 7 frets.
  • Telah diubahsuai menjadi 4 tali yang dijadiakn sebagai alat soprano.

Gambar 9: Yang Qin


  • Disebut juga "hudie qin"-kecapi rama-rama dan "daqin"-dulcimer
  • Pada awalnya ditemui di Parsi/Iran dan Arab.
  • Kemudian masuk ke China akhir Dinasti Ming (1368-1644).
  • Bernada tinggi dalam ensemble.

Gambar 10: Gauhu


  • Dikenali juga sebagai yuehu.
  • Dikembangkan dari alat muzik erhu oleh master yang terkenal dalam muzik kantonis, Man-Shing Lui (1920).
  • Mirip erhu.

Gambar 11: Erhu
  • Ditemui di Sungai Xilamun di Timur Laiut China.
  • Pada awalnya dimainkan dengan kayu buluh dengan menekan pada string.

Gambar 12: Dagu

Gambar 13: Chinese Horn






Gambar 14: Jiangzhou-dagu



Gambar 15: Lion drums









Gambar 16: Shell

Gambar 17: Bo-cymbal
Gambar 18: Hulu

Gambar 19: Konghu/Yangan

Gambar 20: Pawu

Alat muzik yang dinyatakan di atas adalah sebahagian daripada alat muzik yang terdapat dalam Orkestra Cina Moden. Jika kita lihat, kebanyakan alat muzik yang digunakan adalah berbeza dengan alat muzik yang terdapat dalam orkestra barat. Namun, fungsi-fungsi tertentu juga menampakkan bahawa terdapat persamaan di antara keduanya.




No comments:

Post a Comment