Monday, October 4, 2010

PERKEMBANGAN ORKESTRA CINA MODEN DI MALAYSIA


Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa bersama budaya mereka ke sini. Masyarakat Cina yang lazimnya berpersatuan dan berkumpul mengikut kaum keluarga, lazimnya menggunakan dewan mereka untuk mengajar muzik Cina. Dari sinilah wujudnya satu permuafakatan antara mereka secara 'ad hoc' atau tidak formal, untuk melakukan improvisasi atau berkarya kepada opera Cina tempatan dan lagu-lagu rakyat dan daerah yang berlainan. 

Muzik tradisional seperti ini:-
- tidak mempunyai conductor atau pemimpin
- tidak mempunyai notasi ketika itu
- diketuai oleh alat muzik gesekan

Pada tahun 1960-an, persatuan-persatuan di Malaysia mulai terpengaruh dengan aliran Orkestra Cina Moden di China yang mula dibentuk pada tahun 1930-an. Setelah melihat perkembangan Orkestra Cina Moden di China melalui Singapura, Malaysia mula mengorak langkah dalam memperkembangkan Orkestra Cina Moden di sini. Selepas itu, terbentuklah Orkestra Cina Moden yang sedia ada di Malaysia sekarang. Ada pelbagai penambahan alat untuk membolehkan ia memainkan repertoire lagu moden.

No comments:

Post a Comment