Monday, October 4, 2010

LOKASI ORKESTRA CINA MODEN DI MALAYSIA

OCMM telah menjadi tumpuan besar penduduk Cina Malaysia di kawasan bandar, namun dengan kadar yuran yang rendah memyebabkan golongan berpendapatan rendah juga dapat bermain muzik ini. Sebahagian besar daripadanya ditaja oleh pelbagai pertubuhan Cina termasuk sekolah dan masyarakat Buddha.

OCMM adalah sebuah orkestra khas yang terdiri daripada 12 hingga 50 orang ahli. OCMM mula mencapai populariti yang agak besar di kalangan generasi muda kaum Cina. Ianya dipersembahkan dalam upacara-upacara penting masyarakat Cina dan majlis-majlis rasmi di negara kita.

OCMM dapat mewujudkan peluang kepada golongan muda untuk bersosial sambil berhubung melalui permainan muzik dan mempelajari teknik baru.

No comments:

Post a Comment