Gambar 1 : Muzik Tradisional Cina
Bangsa Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan alat muzik yang dikenali sebagai "Jiahu" yang merupakan alat muzik tertua di dunia dan diperbuat daripada tulang binatang kira-kira 7000 tahun SM. Selain itu, terdapat juga bukti-bukti lain contohnya penemuan sebuah koleksi lonceng, drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai yang diperbuat daripada perunggu pada makam bangsawan Yi dari Zeng pada abad ke-5 SM).
Gambar 2 : Jiahu
Gambar 3 : Muzik Tradisional Cina
Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni merupakan keselarasan alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun masyarakat Cina dikuasai oleh pengajaran ahli falsafah Confucius yang percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat.
Selain itu, muzik juga menjadi elemen penting dalam upacara ritual tradisional selama Dinasti Shang (1550-1111 SM) dan mencapai kegemilangannya dalam Dinasti Zhou (1111-222 SM) kerana mengalami perkembangan alat perkusi atau genderang yang banyak digunakan ketika itu.
Mengikut kajian ahli 'ethnomusicologist', alat muzik tradisional Cina diklasifikasikan dalam 8 kumpulan (bayin) sesuai dengan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan alat itu.
- Logam
- Batu
- Kain
- Tanah
- Kulit
- Labu Kering
- Buluh
- Kayu
Sekitar abad ke-19, tradisi muzik Cina mulai terpengaruh dengan tradisi muzik Eropah. Mereka mulai diperkenalkan dengan alat muzik Barat, Orkestra Simfoni dan Konsert Opera Barat. Banyak pertunjukkan mulai dibuat di China sehingga masyarakat Cina membuat modenisasi dalam muzik mereka. Pada ketika itu muzik tradisional Cina dimainkan seiring dengan komposisi moden. Muzik kontemporari popular Cina merupakan hasil perpaduan muzik tradisional Cina dengan muzik popular.