Orchestra Cina Moden atau dikenali sebagai ‘hua yue tuan’ menggabungkan elemen China dan Barat. Walaupun orchestra ini menggunakan alat tradisional Cina namun alat muzik barat seperli ‘cello’ dan ‘double bass’ juga digunakan. Orkestra ini menggunakan gubahan lagu-lagu tradisional cina dan lagu rakyat Melayu yang segar dan baru menggunakan system harmoni Barat menampilkan muzik kontemporari menciptakan identiti rakyat Malaysia.
Muzik China dibina menggunakan sistem harmonik yang benar-benar konsisten dan bertindak mengawal perkembangan melodi, pergerakan kord serta sistem orkestra mereka. Ia mungkin satu-satunya sistem muzik terbesar di dunia yang mempunyai syarat-syarat yang merangkumi segala tersebut pada semua aspek muzik, dan pada masa yang sama membolehkan fleksibiliti dalam penerimaan jeda harmonik dalam muzik.
Pada tahun 1960 dan awal 1970-an, melalui karya-karya muzik oleh Chinese Music Society of North America, sekumpulan pengkaji mencari rangka kitaran harmonik dikenali sebagai zhi, shang, yu, Jue, gong dalam sistem harmoni China. Sebelum kajian ini, istilah yang digunakan disebut sebagai tangga nada. Sistem ini tidak percaya dalam tempoh dua belas nada saja. Jeda harmonik yang sama dari sistem harmonik China dijumpai dan dipaparkan secara jelas dalam rekaan struktur nada dari loceng gangsa bernada dua (zhong Bell) menurut Shen, 1987.Interval harmonik yang sama digunakan dalam alat sutera China dan alat-alat muzik buluh, dan khususnya, adalah tuning asas untuk string di qin, sanxian, zheng itu, paip tersebut, erhu, yang erhu tuoyin, matouqin yang , yang zhuihu, Jinghu itu, banhu, liuqin, dan keluarga Ruan.
OCM merupakan orkestra zaman moden yang boleh menerima, mengikut dan sentiasa berkembang kerana alat yang digunakan tidak ditetap malah masih boleh berlaku penambahan alat. Alat muzik sentiasa dicipta bagi memenuhkan kehendak repertoire yang dimainkan. Menurut temu bual yang dijalankan, ini sebenarnya merupakan langkah untuk mengantarabangsa instrument Cina dan stail muziknya.
Terdapat pelbagai repertoire lagu yang dimainkan oleh OCM, namun oleh kerana perkembangannya tertumpu di Hong Kong, Taiwan, dan China maka banyak lagu yang berasal dari sana. Menurut Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng dalam buku The Music of Malaysia, mereka menyenarai tiga jenis lagu yang dipersembahkan di Malaysia.
1. Lagu tempatan yang dimainkan secara heterofoni seperti Crazy Dance of A golden Snake dan Moonlight Over the Spring River. Dalam kedua-dua lagu ini, lagu yang dimainkan berjaya mengunakan pelbagai alat muzik yang berlain ton warna;
2. Lagu yang mengunakan harmoni secara triad seperti Dance of Yao People. Kebanyakannya telah digubah semula dan merupakan muzik rakyat; dan
3. Concerto seperti A New Song of the Herdsmen untuk dizi dan orkestra. Dalam concerto satu instrumen solo akan bermain dengan diiringi oleh orkestra. Bahagian atau passages yang boleh menunjukkan kebolehan pemain ditekan dalam lagu seperti ini.
Seperti kebanyakan lagu-lagu yang berasal dari China, banyak lagu yang dimainkan oleh OCM dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam program muzik. Sebagai contoh lagu Moon Light Over the Spring River menceritakan pemandangan bulan melalui bayangnya dalam air sungai yang tenang. Komposer OCM mengabung elemen barat dan China dalam gubahan mereka. Ini jelas dari gubahan lagu yang menggunakan elemen melodi China, scale dan notasi digabungkan dengan sistem harmoni barat.
Selain daripada 3 kategori yang disenaraikan ada juga orkestra di Malaysia yang memainkan gubahan lagu-lagu patriotik negara kita. Lagu-lagu seperti Berjaya, Tanah Airku, Ayam Didik Inang Cina dan sebagainya turut digubah. Kami ada melampirkan contoh skor lagu Tanah Airku gubahan Lee Soo Sheng yang menunjukkan Melodi Melayu yang diwarnai menggunakan kord triad Barat Terdapat juga composer yang menggunakan rentak melayu seperti Saw Yeong Chin menggunakan rentak inang dalam karyanya Malay Dance.
Sebagai kesimpulannya, OCM popular dalam kalangan penduduk Cina di Malaysia kerana mempunyai bunyi muzik moden namun masih mengekalkan karekternya. Sesiapa sahaja mampu mengenal karekter bunyinya. Walaupun ia merupakan identiti masyarakat Cina di Malaysia, repertoire lagunya semakin berubah dan mula menyerap elemen tempatan.
Sesi Latihan PCC Chinese Orchestra- Joys of Strings
Malay Dance
Lagu orchestra Cina yang dimainkan menggunakan Alat Barat